Tuesday 27 July 2010

PPHT DIGESA HENTIKAN URUSNIAGA TANAH NT




Oleh: ZEILAH A

“MOHON kerjasama semua Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) supaya hentikan serta merta urusniaga tanah di bawah syarat NT dengan Dato’ Hon Chung Lip kerana ianya merupakan perbuatan jenayah,” gesa Haji Yunus Haji Jifli kepada semua Penolong Pemungut hasil Tanah.

Menurut Haji Yunus, demi menjaga kepentingan kaum Anak Negeri yang telah menjadi mangsa penipuan penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu oleh mereka yang tidak layak, pendekatan ini adalah perlu diambil.

Haji Yunus yang berasal dari Kg. Bokara Sandakan, dari suku Bajau Simunul, dipetik berkata sudah terlalu banyak penipuan dilakukan oleh mereka yang tidak layak menjadi Anak Negeri, tetapi menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu dibiarkan hingga telah menjejas kehidupan kaum Anak Negeri yang terus dibelenggu kemiskinan.

“Kalau dibiarkan, pasti akan berlaku kaum Anak Negeri kelak akan menjadi pelarian di negeri sendiri,” tambah Haji Yunus ketika menghubungi Krew Sabahkini.Net di Sandakan.

Menurut Haji Yunus, sejurus mengetahui akan status Sijil Anak Negeri Dato’ Hon Chung Lip yang mencurigakan, beliau telahpun mengutus satu surat kepada PPHT daerah Kinabatangan mengesyorkan kepada PPHT berkenaan supaya tidak melayan atau menggantung semua urusan permohonan Dato’ Hon Chung Lip mengurus niaga tanah di bawah syarat NT sehingga Mahkamah mengesahkan taraf Anak Negerinya yang sebenar.

Ekoran pendedahan Krew Sabahkini.Net bahawa seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Sandakan telah menemui fakta mengenai Dato’ Hon Chung Lip bukan seorang Anak Negeri, Sabahkini.Net terus menerus dihubungi orang ramai menyumbang pendapat dan meminta supaya dokumen mereka miliki berkaitan dengan Dato’ Hon Chung Lip dapat didedahkan.




Sebilangan peminat yang menghubungi Sabahkini.Net juga meminta supaya nama nama ‘pengkhianat’ yang mengeluarkan Sijil Anak Negeri serta semua mereka yang tutrut menyokong penggunaannya didedahkan.

“Saya percaya hanya dengan cara ini sahaja mereka yang diamanahkan menjaga kepentingan kaum anak negeri tetapi mencuranginya akan dapat dikenal pasti. Biar masyarakat Kaum Anak Negeri menghukum mereka dengan cacian dan sumpah laknat supaya anak cucu mereka sedar akibat perbuatan khianat merekalah rmai kaum Anak Negeri menjadi mangsa,” demikian pula pendapat Adah Bte Sagiman, seorang wanita berbangsa Murut yang turut menjadi mangsa penipuan penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu oleh Dato’ Hon Chung Lip.

No comments:

Post a Comment