Monday 26 July 2010

HATI SUCI SEORANG HAMBA ALLAH!



Oleh: ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH

SEORANG ‘Hamba Allah’ yang bernama Halik yang hanya bergantung hidup sebagai pengangkut barang dengan gerobak sorong (kraton) di Pasar Ikan Semporna meletakkan amanah sebagai panduan hidupnya.


Belliau telah menemui saya untuk menyerahkan sekeping cek yang disangkanya milik saya, namun setelah diteliti, cek berkenaan milik orang lain.

Menurut Halik, beliau menemui cek berkenaan di Stesyen Bas Ekspress Semporna dan menemui saya untuk menyerahkan cek berkenaan.

Sehubungan itu, saya menggesa penama cek ini, ABDULLAH SANIE BIN JAINAINI menelefon saya di talian 016 8482101 atau menemui saya untuk menuntut Cek Maybank Semporna bertarikh 26 Julai 2010 yang dikeluarkan oleh syarikat Kilang Kelapa Sawit Pinangah Sdn.Bhd dalam kadar segera.


Bagi pihak rakyat Semporna, saya mengucapkan terima kasih di atas kejujuran Halik, semoga Allah memurahkan rezeki beliau.

No comments:

Post a Comment