Friday 30 July 2010

DIALOG 3 JABATAN DI TONGOD SUKSES



HADIR….Kelihatan sebahagian masyarakat kampung yang menghadiri majlis sesi dialog bersama Masiung.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

MAJLIS Dialog Khidmat Masyarakat yang melibat tiga buah jabatan antaranya Jabatan Kerjaya Raya (JKR), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Air Tongod yang buat pertama kalinya diadakan di Dewan Serbaguna Tongod mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada masyarakat setempat.

Lebih 200 penduduk yang datang dari pelbagai kampung telah turut serta menghadiri majlis dialog tersebut yang bermula dari jam 8.30 hingga jam 12.30 tengahari.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuamut, Masiung Banah telah merasmikan majlis sesi dialog itu dalam ucapannya antara lain menjelaskan tujuan utama majlis dialog tersebut ialah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada pemimpin masyarakat yang begitu rapat dengan rakyat khususnya di peringkat kampung tentang usaha kerajaan seperti projek yang telah dibuat, sedang dibuat dan perancangan setiap jabatan berkaitan akan datang.

Masiung menjelaskan dalam sesi dialog tersebut perkara-perkara asas yang ditimbulkan oleh masyarakat kampung ialah mengenai masalah tanah, jalan raya, masalah air dan masalah elektrik.

Jelas Masiung mengenai bekalan elektrik yang disalurkan ke rumah-rumah dalam sehari hanya enam jam saja beroperasi iaitu dari jam 6.00 petang hingga jam 10 malam dan ini perlu ditingkatkan dan dipanjangkan masa operasinya.

Dalam hal ini saya selaku wakil rakyat kawasan Kuamut meminta jasa baik kepada pihak SESB supaya bekalan elektrik tersebut masa operasinya ditambah lagi dari jam 3.00 petang hingga jam 12.00 malam dan dengan penambahan masa tersebut pihak SESB boleh meningkatkan pendapatan hasil daripada pembayaran bil-bil tersebut.

Sementara bekalan air Masiung juga meminta kepada kerajaan negeri khususnya Jabatan Air supaya membina empangan besar dan loji penapis air di kawasan strategik khasnya di kawasan Tongod dan untuk mendapatkan sumber air di kawasan ini tiada masalah kerana masih banyak sungai yang belum tercemar.

Tidak dinafikan jelas Masiung walaupun terdapat bekalan air tetapi hanya 40 peratus sahaja masyarakat kampung yang menikmati bekalan air bersih dan selebihnya untuk mendapatkan bekalan air mereka menadah air hujan dan air perigi dan sungai sebagai sumber utama bekalan air untuk kegunaan harian.

“Sementara mengenai masalah jalan raya pihak JKR sudahpun memaklumkan bahawa beberapa batang jalan kampung dan pembikinan jalan raya baru kini sedang dalam perancangan kerana kos membina jalan baru akan memakan belanja yang begitu tinggi, berbanding kerja-kerja penyelenggaraan untuk menaik taraf jalan-jalan raya yang sedia ada di kampung-kampung terbabit,” ujar Masiung lagi.

No comments:

Post a Comment