Wednesday 21 July 2010

BERI SUMBANGAN BANTU BEKAS ATM




BUAL MESRA...Tun AhmadShah (dua kanan) berbincang mesra dengan Datuk Nasir (tiga kanan) sambil diperhatikan rombongan PBTM dan JHEV ATM selepas majlis kunjungan itu.


Oleh: ARSHAD HUSSIN

PENGERUSI Kempen Rayuan Hari Pahlawan peringkat Negeri Sabah, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran menyeru segenap lapisan masyarakat menghulurkan sekurang-kurangnya seringgit kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan.

Katanya, jika setiap individu menghulurkan satu ringgit sudah tentu jumlah yang dikumpulkan dapat membantu bekas anggota tentera yang memerlukan bantuan.

Datuk Nasir yang juga Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, menjelaskan demikian selepas mengetuai rombongan Persatuan Bekas Tentera Malaysia(PBTM) dan Jabatan Hal Ehwal Vetren Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kementerian Pertahanan selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Di Pertuan Negeri, Tun Haji AhmadShah Abdullah.

Kunjungan itu bertujuan memaklumkan TYT mengenai Kempen Rayuan Hari Pahlawan peringkat Negeri yang akan diadakan pada 30 Julai ini.

Nasir berkata, mulai tahun ini, Kempen Rayuan Hari Pahlawan dianjurkan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Vetren ATM Kementerian Pertahanan yang ditubuhkan khusus untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM.

No comments:

Post a Comment