Thursday 29 July 2010

322 MANGSA BANJIR TERIMA BANTUAN MKN



SAMPAIKAN….Masiung kelihatan sedang menyampaikan bantuan wang ehsan keada salah seorang penduduk kampung berkenaan

Oleh : SHAIMON S JUMADI

RAKYAT di kawasan luar bandar akan terus terbela kerana kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan sejajar dengan konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

“Untuk itu rakyat haruslah menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah pada hari ini demi melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk aspek kemudahan asas yang diperlukan untuk dinikmati oleh seluruh rakyat jelata termasuk rakyat di kawasan Kuamut,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Banah.

Masiung berkata demikian ketika berucap di majlis Program Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Bencana Alam Mangsa Banjir Daerah Tongod anjuran Majlis Keselamatan Negera (MKN) di Dewan Serbaguna Tongod di sini kelmarin.

“Pemberian bantuan tersebut sebanyak RM500 setiap keluarga adalah merupakan simpati dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyatnya yang ditimpa bencana alam,” katanya.

Memandangkan musim tengkujuh yang semakin hampir, Masiung menasihatkan kepada penduduk di kawasan Tongod agar tidak membuat rumah mereka di tebing sungai yang terdedah kepada banjir.

Katanya lagi, dengan adanya bantuan RM500 yang disalurkan itu, penduduk kampung ditegah keras mendirikan rumah di tebing sungai kerana sekiranya mereka mendapat malapetaka di musim banjir, bantuan sebanyak itu tidak berbaloi.

Beliau juga berharap kepada pemimpin masyakat agar mencari alternatif bagi membina dewan-dewan serbaguna di kawasan tanah tinggi sebagai pusat penempatan baru bagi mangsa-mangsa banjir masa akan datang ini.

Katanya lagi, seramai 322 orang mangsa banjir yang membabitkan 11 kampung, antaranya Kampung Kuala Karamoak, Kg Bulot, Kg Tampasak, Kg Kaliwatong, Kg Malagatan, Kg Tabiu, Kg Kuala Tongod, Kg Penangah, Kg Bangkalat, Kg Pentawoi dan Kg Seri Wati adalah mangsa banjir yang masih tinggal dan menumpang di rumah-rumah keluarga.

Sementara sebahagian besar mangsa banjir terdahulu, yang tinggal di pusat-pusat pemindahan seperti di balairaya dan dewan serbaguna, kata Masiung, sudahpun mendapat bantuan yang serupa daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN)

No comments:

Post a Comment